Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner, tidak menolak kemungkinan akan menggunakan taktikal bertahan atau ‘parking bas’ ketika menentang Johor darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.
Beliau membandingkan situasi di Eropah ketika pasukan kecil berdepan lawan yang kuat seperti Manchester City.
Artikel Berkaitan:
“Kadang-kala kalau menentang pasukan kuat seperti Manchester City, mereka juga perlu ‘parking bas’. Tetapi lawan yang ditemui semestinya adalah sebuah pasukan bagus.
“Bergantung pada situasi. Jika pasukan lawan beraksi lebih baik dan menguasai perlawanan, anda perlu bermain seperti itu (parking bas).
“Tetapi jika anda kekal bermain seperti itu sahaja, ia mungkin tidak bagus untuk pasukan anda,” katanya dalam sidang media.

Bagaimanapun, Steinbruckner tetap memilih JDT sebagai pasukan pilihan namun beliau percaya apa-apa saja boleh berlaku dalam perlawanan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: