Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terhad 630 Unit Di Dunia, Hanya Dua Buah ‘Ducati Streetfighter V4 Lamborghini’ Untuk Malaysia

today30 January 2024

Background


Baru-baru ini Ducati Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Ducati Streetfighter V4 Lamborghini untuk pasaran tempatan.

Motosikal itu merupakan hasil kolaborasi dua jenama kenderaan berprestasi tinggi Itali; Ducati dan Lamborghini. Hanya 630 unit sahaja dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

“Kami berbangga kerana 2 daripada motosikal ini berada di Malaysia. Ducati Streetfighter V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal; ia adalah simbol sejarah yang kaya dan semangat yang dikongsi bersama untuk inovasi antara Ducati dan Lamborghini.

“Ia juga menunjukkan bahawa pemilik dan peminat Ducati Malaysia kita adalah antara yang paling bersemangat di dunia,” kata Dennis Michael, Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia.

Sumber Gambar: Ducati Malaysia

Rekaanya yang sporty dan sleek diambil daripada filosofi kereta Lamborghini Huracán STO (Super Trofeo Omologata). Motosikal itu mempunyai tekstur dan kemasan carbon fiber

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post