Kool FM

‘Terima Kasih Harapan Palsu Selama Setahun’


Pelakon, Amyza Aznan memaklumkan anak sulungnya, Andre Mikhail yang sedang menderita kanser paru-paru akan dikeluarkan dari hospital pada Isnin.

Artikel Berkaitan: ‘Sekali Lagi Pada Bulan Ramadan, Anak Saya Adrian Adam Disahkan Menghidap Kanser Tulang’ – Amyza Aznan

‘Tolong saya’

Menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story, Amyza, 51, memberitahu bahawa pihak doktor juga telah memaklumkan kepada keluarganya agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Anak saya, Andre Mikhail akan saya keluarkan dari hospital hari ini (Isnin). Hanya mengharapkan keajaiban. Terima kasih untuk harapan palsu selama setahun.

Doktor minta kami sekeluarga bersedia. Ya Allah, tolong kepada sesiapa yang bijak pandai dan hebat dalam bidang selain hospital, tolong saya.

Dalam hantaran sebelum ini, Amyza turut memohon doa daripada orang ramai selain mengharapkan keajaiban berlaku buat anaknya.

Seluruh rakyat Malaysia, tolong doakan anak saya. Kalau ada sesiapa yang boleh bantu dengan apa sahaja…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version