
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mendedahkan beliau telah dihubungi oleh beberapa ketua negara sahabat yang menyatakan hasrat untuk menghantar bantuan susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa wilayah di Sumatera.
Walaupun menghargai keprihatinan tersebut, Prabowo menegaskan Indonesia mempunyai keupayaan sendiri untuk mengurus dan menangani situasi berkenaan.
Perkara itu disampaikan Prabowo ketika mempengerusikan mesyuarat kabinet paripurna di Istana Negara, Jakarta, pada Isnin.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada menteri-menteri kabinet Indoesia, Panglima TNI, Ketua Polis Negara serta barisan kepimpinan angkatan tentera yang bertindak pantas dalam mengurus bencana di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Menurut Prabowo, beberapa pemimpin dunia secara peribadi menghubunginya bagi menawarkan bantuan kemanusiaan. Namun jawapan beliau jelas dan tegas. Indonesia, katanya, mampu mengendalikan krisis tersebut tanpa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: