Site icon Kool FM

Terima Perkenan Yang di-Pertuan Agong Untuk Bergambar, Netizen Sebak Lihat Reaksi Adik Ammara


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebelum ini, kisah Ammara yang dimarahi oleh guru di sekolah kerana mengenakan solekan ketika sambutan Hari Kemerdekaan telah tular di media sosial.

Bapa kepada Ammara turut mendakwa guru terbabit telah mengeluarkan kata-kata yang kurang enak kepada anaknya yang masih di tahun dua itu.

Seakan kesedihan terganti, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi miliknya menyapa Ammara yang mengenakan busana unik di acara sambutan Hari Kemerdekaan ke-66, di Putrajaya semalam.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Al-Sultan Abdullah dipercayai mahu berangkat pulang usai acara tersebut selesai dan Seri Paduka turun dari kenderaannya selepas melihat kanak-kanak tersebut melambaikan tangannya di sisi bahu jalan.

@shazliey1

Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version