Sebut sahaja KFC, mesti anda sudah terbayang ayam gorengnya yang enak dan pasti membangkitkan selera anda. Makan ayam goreng KFC bersama nasi pastinya akan membuatkan anda lebih berselera.
Terbaharu, sebuah video dikongsi oleh @tengkuhahaha di TikTok tular di media sosial. Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pemuda yang menikmati hidangan mereka di KFC dan cukup menghiburkan apabila salah seorang daripada mereka mengeluarkan periuk nasi yang disorok dalam begnya.
@tengkuhahaha HAHAHAHA meriahnya
Malah, dapat dilihat wajah mereka gembira kerana dapat makan ayam goreng KFC bersama nasi yang dibawa dari rumah. Video terbabit telah menjadi bualan netizen dan rata-rata netizen berasa terhibur dengan gelagat mereka.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah membawa ‘seludup’ nasi ke KFC agar lebih puas makan dan kenyang. Malah, para netizen turut memuji sikap ‘tebal muka’ bawa periuk nasi…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:

