Walaupun sejumlah kereta kini sudah pun memiliki sokongan sistem penstriman muzik seperti Apple Car Play atau Spotify, masih juga ada individu yang menggunakan pendrive untuk memainkan lagu kegemaran peribadi.
Tular di platform X apabila seorang pengguna mendedahkan kewujudan individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dengan menjual pendrive yang berisi kompilasi lagu-lagu dari artis terkemuka di Malaysia atau negara jiran kita.
Artikel Berkaitan:

Lebih memeranjatkan lagi, apabila sudah sebanyak 22,100 unit pendrive telah terjual yang berharga sekitar RM10 dan ke atas. Hal ini sekaligus merekodkan jualan yang diraih mencecah ratusan ribu ringgit di platform kedai dalam talian tersebut.
Malah, para penjual juga melantik rakan affliate untuk merancakkan lagi jualan menerusi pelbagai platform media sosial. Difahamkan pendrive ini mendapat sambutan yang menggalakkan oleh warga tua atau kurang celik IT kerana mahu memainkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
