Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Terkesan Boikot Starbucks, Berjaya Food Rugi Bersih RM42.58 juta

today22 February 2024

Background
Berjaya Food Terkesan Boikot, Rugi Bersih RM42.58 juta


Terkesan dengan boikot Starbucks, Berjaya Food Bhd (BFood) alami kerugian pada suku kedua berakhir 31 Disember 2023. Nilai kerugian bersih sebanyak RM42.58 juta berbanding dengan keuntungan bersih RM35.49 juta pada suku sama setahun lalu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, BFood berkata kerugian bersih terutamanya disebabkan oleh jualan lebih rendah dicatatkan dan kerugian sekali saja daripada pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Jollibean Foods Pte Ltd.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pendapatan kumpulan merosot 38 peratus kepada RM182.55 juta daripada RM295.32 juta sebelumnya, petik Berita Harian.

“Penurunan pendapatan kebanyakannya adalah disebabkan boikot berkaitan konflik di Asia Barat,” kata BFood.

Bagi tempoh enam bulan, kumpulan merekodkan kerugian bersih RM23.55 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM70.18 juta, manakala pendapatan susut 20 peratus kepada RM461.09 juta daripada RM578.37 juta.

Mengenai prospek, lembaga pengarah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Luar Negara

Ketua Yakuza mahu jual bahan nuklear dari Myanmar

Washington: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa ketua satu kumpulan Yakuza kerana mengendalikan bahan nuklear yang diperoleh dari Myanmar, dan cuba menjualnya untuk membiayai perjanjian senjata haram. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 February 2024