Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold tampil memberikan sokongan padu serta mempercayai kemampuan hebat rakan sepasukannya yang baharu menyertai kelab tersebut, Darwin Nunez.
Kualiti penyerang dengan tanda harga £85 juta yang sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal buat Liverpool itu sudah mula dipersoalkan meskipun saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum bermula.
Hal ini kerana aksinya tidak seperti diharapkan pada perlawanan persahabatan bertemu Manchester United dan Crystal Palace tempoh hari dilihat menjadi bahan ketawa penyokong pasukan lawan.
Ketika bertemu Manchester United di Bangkok, Darwin Nunez dibawa masuk pada minit ke-62 manakala aksi berdepan pula beliau menggantikan Roberto Firmino sebelum sepak mula babak kedua.
Bagaimanapun, Alexander-Arnold melihat rakan sepasukannya dari Uruguay itu akan menyesuaikan diri dengan baik untuk membuktikan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
