Site icon Kool FM

Terlalu Yakin Boleh Lepas, Kereta Bezza ‘Lowered’ Sangkut Bonggol Sampai Tercabut Bumper

Terlalu Yakin Boleh Lepas, Kereta Bezza 'Lowered' Sangkut Bonggol Sampai Tercabut Bumper


Tular satu klip video menunjukkan sebuah Perodua Bezza ‘lowered’ cuba masuk kawasan parkir berbayar dipercayai untuk menyertai satu acara pameran kereta.

Selalunya apabila kereta lowered melalui kawasan berbonggol, pasti pemandu akan menyengetkan kereta bagi ‘memudahkan sedikit’ melepasi bonggol.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pemandu Bezza tersebut nampak begitu yakin dengan memandu lurus terus ke bonggol.

 

Kesannya, bahagian tengah kereta tersangkut di atas bonggol, tidak boleh bergerak ke hadapan dan tidak boleh mengundur ke belakang.

Krew yang berhampiran segera memberikan bantuan dengan menolak kereta ke belakang sambil pemandu mengundurkan kereta ke belakang.

Selepas kereta melepasi bonggol, bahagian bumper hadapan tercabut serta-merta sambil disahut oleh para pengunjung berhampiran.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version