Menerusi laporan, ia bukan sahaja menjadi hab pengangkutan utama ke Pantai Timur malah binaannya yang eksklusif berkonsepkan pusat beli-belah sekali gus bakal menjadi tarikan yang menggamit kedatangan pengunjung.
Pengasas Syarikat & Ketua Pegawai Eksekutif Terminal Bersepadu Gombak Sdn Bhd (TEGAS), Datuk Seri Mohd Nadzlim Mohd Noor memberitahu terminal tujuh tingkat dengan tiga tingkat dikhaskan untuk perkhidmatan bas, manakala empat tingkat lagi dibuka sebagai pusat beli-belah.
Malah, ia akan memberi keselesaan kepada pengguna khususnya mereka yang mendapatkan perkhidmatan yang disediakan. Infrastruktur lengkap dan tersusun termasuk 1,200 tempat letak kereta, TBG tentunya menjanjikan pengalaman menarik serta eksklusif.
“Selalunya orang datang terminal bas untuk naik bas balik kampung, tapi di TBG semuanya ada… ada kios yang menjual pelbagai jenis barangan dan makanan berkonsepkan F&B, restoran, kedai serbaneka, aksesori, fesyen, perkhidmatan dan hiburan termasuk aktiviti…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: