Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ternyata Ayam Gepuk Satu Pinggan Boleh Cecah Lebih 1,000 Kalori

today23 September 2026

Background


Ayam gepuk sememangnya antara menu yang cukup popular di Malaysia, terutama dalam kalangan pelajar dan golongan muda.

Namun, satu hantaran di Threads baru-baru ini mengingatkan bahawa satu pinggan ayam gepuk berpotensi mengandungi lebih 1,000 kalori, bergantung kepada saiz hidangan dan cara ia disediakan.

Menurut perkongsian akaun dengan nama Justafreshgrad, anggaran kalori untuk satu hidangan ayam gepuk boleh berada sekitar 950 hingga 1,350 kalori.

Nasi sahaja dianggarkan mengandungi sekitar 250 hingga 350 kalori, manakala ayam goreng pula sekitar 350 hingga 500 kalori.

Sambal boleh menyumbang kira-kira 150 hingga 300 kalori, sementara kobis goreng pula dianggarkan sekitar 200 kalori.

Jumlah tersebut masih belum mengambil kira minuman manis, nasi tambahan, tempe atau tauhu yang biasanya turut menjadi pilihan ketika menikmati ayam gepuk.

'Kami Tak Ambil Ringan' – Jenama Ayam Gepuk Terkenal Mohon Maaf, Janji Tambah Baik SOP Operasi
Sumber Gambar: Google Gemini

Perbandingan dengan makanan popular lain

Perkongsian itu turut membandingkan ayam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post