
PETALING JAYA – Excel Travel dengan kerjasama Yayasan Maghfirah telah melancarkan pakej Ahlan Cairo khusus bagi orang ramai yang ingin meneroka bumi Mesir sambil mendalami ilmu Al-Quran.
Pengurus Besar Excel Travel, Abdul Hafiz A. Rahman berkata, pakej berharga RM16,900 itu merangkumi pakej lawatan ke tempat menarik seperti Piramid Giza, Alexandria, Fayoum, makam Imam Shafie, Lukman Hakim dan banyak lagi.
Selain itu katanya, pakej selama 17 hari 15 malam itu turut memberi peluang kepada peserta memperbaiki bacaan dan mendalami ilmu qiraat dengan guru-guru bertauliah dari Universiti Al-Azhar.
“Khususnya dalam pembetulan surah Al-fatihah, makhraj dan tajwid mengikut pendekatan Al-Azhar.
“Sempena pelancaran pakej ini juga, Excel Travel menawarkan potongan harga sebanyak RM2,000 kepada 20 peserta pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Lebih menarik katanya, seramai 25 orang syeikh yang mempunyai Sanad Qiraat Ali bersetuju untuk menyertai siri pertama…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: