BENTONG – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) memasuki fasa baharu yang paling mencabar dengan pembinaan terowong berkembar terpanjang di Asia Tenggara melibatkan kira-kira 16.39 kilometer.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Kah Siong berkata, pembinaan terowong Genting ECRL itu menggunakan mesin pengorek terowong (TBM) canggih dan terbesar pernah digunakan di negara ini yang dijangka bermula pada Mac depan.
“Terowong Genting merupakan terowong ECRL yang pertama dikorek menggunakan kaedah TBM berbanding kaedah gerudi dan letup yang telah digunakan untuk beberapa terowong sedia ada.
“Dengan kapasiti pengorekan maksimum 700 meter sebulan, mesin TBM ini dijangka memakan masa selama tiga tahun untuk melengkapkan penembusan Terowong Genting,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan ke tapak pembinaan terowong Genting ECRL di sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Tan Seri Mohd. Zuki Ali; Ketua Pegawai Eksekutif…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: