Rahim adalah organ dalam tubuh wanita untuk mengusung bayi yang masih dalam kandungan dan adakalanya keadaan rahim boleh menjadi berbentuk hati atau bahasa saintifiknya, bicornuate uterus.
Tidak semua ibu mengandung mengalami keadaan ini tapi jika berlaku, kehamilan si ibu dianggap berisiko tinggi.

Sumber: cdn
Satu perkongsian telah dibuat oleh seorang Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak tentang pengalamannya mengendalikan kes seorang ibu yang mempunyai rahim berbentuk hati.
Menurutnya, pada awalnya dia sangkakan bayi dalam keadaan songsang kerana apabila diperiksa bahagian atas perut, dia mendapati keras, manakala bahagian bawah perut, lembut.
Tanpa menunggu lama, Dr Izzat meminta jururawat bawa mesin scan untuk memeriksa sama ada betul songsang atau tidak dan tekaannya benar dan dia terus mengeluarkan arahan untuk melakukan perbedahan.


Jadi, inilah punca menghalang baby dari pusing – kepala di bawah dan kaki di atas dan adakala, melintang pun boleh. Tambahnya lagi, terdapat punca lain juga yang menyebabkan bayi songsang, antaranya..
- Fibroid besar pada bahagian bawah rahim.
- Uri bawah yang menghalang baby dari pusing.
Itulah perkongsian pengorbanan si ibu ketika melahirkan seorang bayi dengan selamat. Separuh nyawa! Sayangilah ibu anda.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Takut Ada Yang Tak Sanggup Nak Tengok,” – Ibu Ainul Mardhiah Tunjuk Cara Tukar Trachy
Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!
Sumber: twitter