Kuala Lumpur: “Setiap hari kami terpaksa menipu syarikat kredit, beri macam-macam alasan termasuk dijangkiti Covid-19 dan mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.
“Tetapi itu hanya bertahan beberapa hari, selepas itu kami dihubungi lagi dan dipaksa membuat bayaran bulanan. Macam mana kami nak bayar, sedangkan kami tiada pendapatan,” kata Abdul Aziz Ismail Ghani.
Presiden Pertubuhan Gemilang Agensi Pelancongan dan Pengusaha Bas Malaysia itu berkata, seramai 1,200 pengusaha bas kini bukan…