Chukai: Seorang warga emas terpaksa menahan kesejukan selepas terperangkap banjir lebih lima jam di ladang sawitnya sebelum diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Felda Neram 2, Cheneh dekat sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohamad Hanif Che Khalid berkata, peneroka terbabit berusia lingkungan 70-an itu diselamatkan pada 7.50 malam.
Menurutnya, lelaki terbabit terperangkap selepas kawasan ladang berkenaan dinaiki air sedalam satu…