Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Terperdaya Beli Rumah Serendah RM1,300, Pembeli Akui Telah Ditipu Penjual

today13 April 2021

Background

Ditawarkan dengan harga rumah serendah RM1,300 sehingga RM7,000, beberapa orang penduduk di Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah mengakui kecewa kerana telah terpedaya untuk membeli rumah setinggan daripada tuan rumah.

Bagaimanapun, penduduk yang membeli rumah setinggan berkenaan terpaksa ‘menggigit jari’ apabila kediaman mereka akhirnya telah dirobohkan dalam satu operasi perobohan menggunakan jentolak sekitar jam 9 pagi pada Isnin yang lalu.

Berdasarkan laporan, sebanyak 48 buah rumah telah dirobohkan kerana ia dibina secara haram haram di atas kawasan tanah milik sebuah syarikat pemaju. Difahamkan, notis perobohan rumah serta arahan yang menggesa penduduk mengosongkan kawasan itu sudah lama dikeluarkan sejak beberapa bulan yang lalu, namun penduduk masih berdegil dan tidak ambil peduli.

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Buletin

Iran mula ibadah puasa esok

TEHRAN: Umat Islam di Iran akan mula berpuasa sempena Ramadan esok, ketika negara berkenaan masih bergelut dengan penularan jangkitan COVID-19. Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today13 April 2021