Peminat drama korea pasti mengenali pelakon korea popular, Lee Dong Wook. Bentuk wajah, ketinggian, senyuman dan juga gaya ‘Oppa’ Lee Dong Wook yang maskulin menjadi kegilaan ramai anak muda di luar sana.
Apa yang menarik perhatian kami untuk membuka topik pelakon utama Goblin ini apabila pendakwah bebas, PU Azman meninggalkan komen lucu pada posting gambar yang dimuat naik Lee Dong Wook menerusi akaun Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Komen yang ditulis Pu Azman berbunyi….
“Kelabu lak gambar kau Wook? Aku ingat kau dah arwah,”
Komen tersebut berjaya membuat peminat Lee Dong Wook dari Malaysia terbaca dan terhibur dengan komen spontan dari PU Azman.


Nasib baiklah Lee Dong Wook tak faham bahasa ibunda kita, kalau tak mesti dia rasa menyesal muat naik gambar warna kelabu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isu Campur Pakaian Suami & Anak Satu Mesin Basuh, PU Azman Tampil Beri Penjelasan
Lakukan Ini Bila Lampu Amaran Minyak Kereta Dah Menyala Dan Anda Masih ‘Stuck In Jam’!
Sumber: instagram