Site icon Kool FM

Tersenarai Dalam 74 Prospek Terbaik, Bintang WWE Sarankan WWE ‘Recruit’ Ahli Gusti Berhijab Malaysia Ini


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Mulai serius dan aktif pada usia 16 tahun, siapa sangka Nor ‘Phoenix’ Diana atau nama sebenarnya Nor Diana binti Khamaruzaman yang merupakan ahli gusti berhijab pertama Malaysia berjaya mendapat perhatian dunia.

Artikel Berkaitan:

Jika pada tahun 2020 Nor Phoenix Diana berjaya tersenarai dalam Forbes 30 under 30 Asia, kini sebuah lagi kejayaan berjaya dicapai apabila bintang WWE, Mustafa Ali mencadangkan agar WWE mendapatkan bintang muda dan berpengaruh ini.

Menerusi perkongsian daripada Facebook Shaukat selaku ahli gusti popular dari Malaysia yang turut memenangi beberapa kejuaraan di negara luar, beliau memaklumkan telah melatih Nor ‘Phoenix’ Diana sejak dari 7-8 tahun lepas lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan karier Nor ‘Phoenix’ Diana mampu terbang lebih tinggi serta mendoakan kejayaan wanita tersebut.

Untuk pengetahuan, Nor ‘Phoenix’ Diyana berjaya tersenarai sebagai prospek ke-74 terbaik dunia dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version