Pelakon, Lana Nodin berkongsi momen menyentuh hati apabila suaminya yang juga seorang mualaf, David McKienzie, mengajak mereka sekeluarga singgah ke masjid selepas selesai menonton wayang.
Artikel Berkaitan: ‘Aku Dulu Pun Seksi Tapi Tak Sampai Maruah Diri Kena Korban’ – Lana Nordin
Suami ajak ke masjid

Menerusi hantaran di Instagram, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, berkata, ajakan itu membuatkan dia berasa bangga dan bersyukur melihat suaminya semakin dekat dengan ajaran Islam.
Tersentuh hati bila suami yang mualaf ajak kita ke masjid selepas tengok wayang. Dia pun seronok, siap menari lagi.
Dalam perkongsian sama, Lana turut berdoa agar hidayah Allah kekal dalam kehidupan mereka.
Terima kasih Allah SWT. Semoga hidayah terbaik ini untuk suami, anak-anak dan diri sendiri. Terus istiqamah, hidayah itu mahal.
Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mendoakan agar mereka sekeluarga terus istiqamah dalam melakukan kebaikan.
Untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: