Gara-gara orang lain yang berhutang, sebuah keluarga di satu kejiranan terpaksa menanggung kerugian akibat perbuatan khianat oleh ceti haram.
Memetik laman mStar, situasi pahit ini dialami tujuh beranak yang tinggal di Ipoh, Perak di mana kediamannya disimbah cat oleh Ah Long.
Dalam kejadian pukul 2 pagi Rabu itu, Wan Zainab Wan Mamat, 37, dan suami yang keluar membeli makanan terkejut apabila dimaklumkan oleh anak bahawa rumah mereka didatangi sekumpulan lelaki yang kemudian menyimbah cat merah.

“Lima anak saya dalam ketakutan, bayangkan tiba-tiba orang datang simbah cat. Habis bahagian depan rumah termasuk kereta dan motosikal terkena cat.
“Bila kami sampai rumah tengok ada nota minta bayar hutang. Yang hutang tu lelaki Cina, yang kena simbah rumah kami,” katanya ketika dihubungi mStar.
Katanya lagi, dia telah menghubungi nombor Ah Long berkenaan bagi meminta penjelasan serta menuntut ganti rugi bagi kerugian yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: