Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Setiap orang mempunyai kereta impian tersendiri yang masih belum mampu dimiliki. Setiap kali terjumpa di atas jalan raya, pasti ada ‘jeritan kegembiraan kecil’ timbul di dalam hati.
Artikel Berkaitan:
Satu video TikTok mencuri tumpuan netizen apabila ada seorang kanak-kanak teruja merakam sebuah Nissan GT-R R35 lalu bersebelahan keretanya.
“Guyss, ada GT-RRRRRR guyssss,” ujar budak lelaki itu.
Selepas merakam beberapa saat, GT-R itu terus memecut meninggalkan kereta yang dinaiki anak-beranak itu.
@ceo_affiliate505 Gtr gaissss 😂… #gtr #gaissss #fypシ #trending #fyp #viral
Rata-rata netizen yang menonton video berkenan berasa mencuit hati melihat telatah anak-beranak yang sama-sama teruja melihat kereta berkenaan.
Ayahnya juga seorang yang supportive, melayan telatah anaknya penuh keterujaan yang menceriakan lagi suasana dalam video itu.

Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
