Menerusi video tersebut, wanita berkenaan memberitahu anaknya ada rapat dengan seorang pekerja di kedai mamak yang sering dikunjunginya.
Difahamkan, mereka sudah berkenalan selama hampir empat tahun dan pasti akan bertegur jika dia sekeluarga datang ke kedai berkenaan.
Namun, pekerja tersebut dikatakan sudah berpindah ke cawangan yang lain membuatkan anaknya tertanya-tanya keberadaan uncle mamak kegemarannya itu.
Selepas mendapat tahu cawangan kerja baru uncle mamak tersebut, wanita itu dan suaminya membawa anak mereka pergi ke kedai berkenaan.
Anaknya dilihat teruja selepas sekian lama tidak berjumpa dengan pekerja tersebut.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: