Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Hari ini Malaysia melakar sejarah apabila Tesla dilancarkan secara rasmi untuk pasaran di negara ini. Sebagai permulaan, Tesla menawarkan tiga varian kereta elektrik (EV) Model Y dan pengecas pantas Supercharger.
Artikel Berkaitan:
Semasa pelancaran rasmi sebentar tadi, Pengarah Serantau Tesla, Isabel Fan, menyatakan Tesla akan melaksanakan pelan pembangunan komprehensif seiring dengan sasarannya untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kereta EV di Malaysia.
Komitmen berkenaan diberikan oleh pengeluar EV terkemuka dunia itu susulan pelancaran rasmi model pertamanya di negara ini selepas mengumumkan pembukaan ibu pejabat bertempat di Cyberjaya minggu lalu.

“Tesla mempunyai pelan pembangunan komprehensif untuk pusat pengalaman, perkhidmatan dan sokongan serta infrastruktur stesen mengecas, bertujuan untuk menyampaikan pengalaman pemilikan yang lancar,” katanya selepas melancarkan Tesla Model Y di sini, hari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
