Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tesla Model 3 ‘Facelift’ 2024 Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Rasmi Bermula RM189,000

today1 September 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Selepas satu bulan lebih Tesla Model Y dilancarkan dan boleh ditempah secara rasmi di Malaysia, kini Tesla Malaysia menawarkan Model 3 serba baharu (yang dikenali sebagai Project Highland) bermula hari ini.

Artikel Berkaitan:

Menerusi laman web Tesla Malaysia, Model 3 ditawarkan dalam dua varian; model panduan roda belakang berharga RM189,000 dan model pacuan empat roda, dual-motor pula bernilai RM218,000.

Sumber Gambar: Tesla

Antara perubahan pada kereta EV tersebut adalah ‘perubahan kosmetik’ di mana rekaan luarannya diubah suai lebih slim dan sleek.

Pada bahagian hadapan lampu utama lebih nipis dan tiada lagi lampu kabus. Manakala bahagian belakang pula menggunakan bampar dan lampu serba baharu.

Sumber Gambar: Tesla
Sumber Gambar: Tesla

Tiada perubahan daripada segi prestasi, bagi Tesla Model 3 serba baharu varian asas mempunyai jarak pemanduan sehingga 513km (WLTP), kelajuan maksimum 201km/j dan pecutan 0-100km/j dalam masa…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post