Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tesla Tak Jadi Buka Kilang Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia

today7 August 2024

Background
Tesla Tak Jadi Buka Kilang Di Asia Tenggara, Termasuk Malaysia


Syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka yang diketuai Elon Musk, Tesla dilaporkan tidak akan meneruskan rancangannya untuk membina kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia, petik Free Malaysia Today (FMT).

Menurut FMT, perkara itu didedahkan menerusi laman The Nation dari Thailand. Memetik sumber kerajaan Thailand, Tesla telah membatalkan rancangan untuk menubuhkan sebuah kilang kenderaan elektrik (EV) di rantau Asia Tenggara, sama ada di Thailand, Malaysia atau Indonesia.

Baca Juga:

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang digantung di seluruh dunia. Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia, atau di mana-mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.

Tambah sumber, keputusan itu adalah sebahagian daripada penarikan pelaburan Tesla di seluruh Asia.

Difahamkan pasukan eksekutif Tesla yang mengetuai usaha syarikat itu ke Asia Tenggara tahun lepas telah…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post