PETALING JAYA – Tesla tidak pernah memberikan sebarang komitmen untuk membuka kemudahan pengeluaran di negara ini, menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Jelasnya dalam kenyataan di media sosial, pihak kementerian dan mana-mana agensi di bawahnya juga tidak pernah membuat pengumuman Tesla akan membuka kilang di Malaysia.
“Memang kita adakan perbincangan dengan Elon Musk (Ketua Pegawai Eksekutif Tesla) dalam usaha menarik pelaburan, tetapi Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di sini,” katanya.
Beliau mengulas mengenai laporan sebuah akhbar Thailand, yang memetik sumber tidak dinamakan berhubung keputusan Tesla membatalkan pembinaan kilang pengeluaran di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.
Tengku Zaful menjelaskan, laporan berkenaan bukanlah berdasarkan kenyataan rasmi daripada Tesla, jadi kesahihannya perlu disemak dengan syarikat berkenaan.
Pada masa sama, ujarnya, ini juga tidak bermakna bahawa usaha…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
