Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann menegaskan beliau tidak merancang untuk letak jawatan walaupun pasukannya gagal mara ke final Piala Asia 2023 selepas tewas 0-2 kepada Jordan.
Bekas pengendali Jerman dan USA itu bagaimanapun mengakui Jordan layak menang kerana beraksi lebih baik daripada pemainnya.
Artikel Berkaitan:
“Saya tidak merancang untuk melakukan apa-apa (letak jawatan). Saya akan kembali bersama pasukan ke Korea, menganalisis kejohanan ini dan kemudian bercakap kepada pihak pengurusan apa yang bagus dan apa yang tidak bagus dalam pasukan ini.
“Saya fikir pasukan ini semakin meningkat, dan banyak yang boleh diperbaiki sebelum hadapi Piala Dunia di USA, Mexico dan Kanada beberapa tahun lagi dengan saingan Kelayakan yang sangat sukar. Jadi, kami ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan,” jelas Klinsmann menurut laporan ESPN.
Selepas tamat perlawanan, penyokong Korea Selatan sempat meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: