Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Tewas 3-4 menerusi sepakan penalti menyaksikan skuad muda Malaysia menamatkan kempen 4th International U-19 Football Thanh Nien Tournament 2022 di tempat kedua pada aksi final yang berlangsung sebentar tadi.
Pemenang terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti selepas aksi sebenar 90 minit perlawanan terikat 1-1.
Mendapat sokongan padu ribuan penyokong setia di Stadium Binh Duong, Vietnam tampil cukup tersusun dengan menguasai sebahagian besar permainan sejak wisel permulaan ditiupkan pengadil bertugas.
Nguyen Van Tu yang tidak dikawal pertahanan Malaysia dalam kawasan penalti menggamatkan stadium seawal minit ke-11 selepas hantaran lintang Khuat Van Khang ditanduk masuk bagi menewaskan penjaga gol, Aizat Aiman Mazlan untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.
Anak buah Hassan Sazali Waras hampir menyamakan kedudukan berselang tiga minit kemudian tetapi tandukan bebas susulan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
