Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Tewas Sebelum Sampai Puncak, Wanita 84 Kilogram Ini Terpaksa Turun Secara Dukung Oleh Malim Gunung

today12 July 2023

Background


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut mengenai Gunung Kinabalu, pastinya gunung ini menjadi antara gunung yang menjadi impian mereka yang berminat dengan sukan hiking di Malaysia.

Berketinggian 4,095 meter serta memerlukan kekuatan fizikal dan mental dalam menempuh keadaaan sukar mendaki puncak ini sememangnya tidak sesuai buat orang ramai.

Terbaharu, sebuah insiden terpencil telah berlaku di Gunung Kinabalu apabila seorang wanita yang berusaha untuk mencabar dirinya gagal untuk terus mendaki Gunung Kinabalu.

Menerusi perkongsian TikTok @joetanggaron, difahamkan wanita yang mempunyai berat badan 84 kilogram ini tidak lagi bermaya untuk terus naik ke puncak mahupun turun daripada Gunung Kinabalu.

Hal ini membuatkan malim Gunung terpaksa bertindak untuk menurunkan wanita ini secara dukung di belakang serta mengikat tali untuk membawanya dengan lebih kemas tanpa jatuh.

@joetanggaron

84kg.. taksi gunung #gunungkinabalu #malimgunung #fyp

♬ Better Me Remix –…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hairi Ariff


Previous post