Kool FM

Tewaskan Kyrgyzstan, Kim Pan-gon Tegur ‘Attitude’ Pemain


Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menegur sikap pemain ketika rehat separuh masa pertama apabila Malaysia bertemy Kyrgyzstan pada perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pan-gon berkata demikian ketika sidang media selepas perlawanan dimana beliau mahu pemain agar tidak terlalu yakin serta lebih menghormati pasukan lawan selepas ketinggalan 2-1 pada separuh masa pertama.

Artikel Berkaitan:

“Sebelum separuh masa kedua bermula, saya beritahu kepada pemain bahawa kita perlu sedar tentang kedudukan semasa kita, kita bukan pasukan teratas. Kita perlu menghormati pasukan lawan dan merendah diri.

Kim Pan-gon
Sumber gambar: FAM

“Saya suka dengan keyakinan, tetapi kita tidak boleh terlalu yakin, dan kita tidak boleh sombong ketika beraksi.

“Kita perlu menghormati pasukan lawan yang berada di tangga ke-97 dalam ranking FIFA. Ini adalah pengajaran bagi kami. Walau apa pun, perlawanan malam ini (semalam) cukup…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version