Site icon Kool FM

TH Plantations catat untung sebelum cukai tertinggi dalam sedekad


PETALING JAYA – TH Plantations Berhad (THP) mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh dalam tahun kewangan 2024 (TK2024) dengan merekodkan Untung Sebelum Cukai (USC) RM160.42 juta, angka tertingginya dalam tempoh 10 tahun.

Pendapatan dicatat sebanyak RM877.73 juta, iaitu rekod kedua tertinggi dalam dekad ini, disokong oleh peningkatan jumlah jualan minyak sawit mentah (CPO) dan isirung sawit (PK), serta harga purata jualan produk minyak sawit yang lebih kukuh.

Margin USC Kumpulan bagi TK2024 meningkat sebanyak 60 peratus, sementara Pendapatan Sesaham (EPS) meningkat dua kali ganda kepada 6.47 sen daripada 3.29 sen.

Dalam suku keempat TK2024, THP mencatatkan pendapatan sebanyak RM270.4 juta, peningkatan sebanyak 24.9 peratus daripada RM216.5 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi kukuh dalam suku keempat disebabkan oleh harga jualan yang lebih tinggi bagi CPO, PK dan tandan buah segar (FFB).

Ketua Pegawai Eksekutif THP, Mohamed Zainurin Mohamed Zain berkata, keputusan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version