PETALING JAYA – TH Properties Sdn. Bhd. (TH Properties) menjangkakan projek kediaman dan komersial terbaharunya iaitu Pristine Premier dan Riposo Biz Centre bersempena penganjuran Karnival Hartanah Bandar Enstek bakal mendapat sambutan baik daripada pencari hartanah.
Ketua Jabatan Operasi TH Properties, Amri Shaari berkata, ini kerana projek hartanah yang berkualiti itu ditawarkan pada harga berpatutan.
“Ia juga memiliki konsep dan ciri-ciri reka bentuk yang dibina di dalam rumah ini adalah selari dengan permintaan pasaran.
“Tiga daripada fasa projek Pristine sebelum ini telah habis dijual sepenuhnya dan kami menjangkakan pelancaran projek baharu ini akan turut diterima baik oleh para pembeli,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Mengulas lanjut, beliau menerangkan, Pristine Premier yang terdiri daripada 51 unit rumah teres dua tingkat, merupakan fasa terakhir projek Pristine, dengan nilai pembangunan kasar berjumlah RM19.18 juta.

Projek ini…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: