PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat pendapatan sebanyak RM1.52 bilion bagi setengah tahun pertama berakhir 30 Jun 2021, penurunan satu peratus berbanding RM1.55 bilion yang dicapai pada tempoh sama tahun sebelumnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, sebahagian besar pendapatan diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang menyumbang RM942.6 juta, merangkumi 62 peratus daripada pendapatan, manakala sumbangan pelaburan saham meningkat kepada RM219.9 juta daripada RM184.2 juta tahun lalu.
Menurutnya, pelaburan hartanah pula memperoleh pendapatan sebanyak RM174.7 juta berbanding RM250.8 juta tahun lalu, diikuti pelaburan dalam pasaran wang dengan pendapatan RM161.8 juta.
“Mengambil kira perbelanjaan serta peruntukan zakat, TH mencatatkan untung bersih RM1.22 bilion untuk enam bulan pertama tahun ini, penurunan 2 peratus berbanding RM1.25 bilion pada 2020.
“Antara faktor yang menyebabkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
