Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Thai SELECT simbol menu autentik

today7 December 2022

Background


PETALING JAYA – Sejak sekian lama makanan Thai telah menjadi sebahagian sajian yang digemari oleh masyarakat di negara ini.

Menu seperti tom yam, kari hijau, ayam paprik, siakap stim limau, pulut mangga dan lain-lain lagi adalah antara menu kegemaran ramai.

Maka tidak hairanlah banyak restoran Thai beroperasi di negara ini yang menyajikan kepelbagaian makanan khas yang berasal dari negara Gajah Putih itu.

Namun begitu, tidak semua restoran yang menyajikan makanan itu menerima pensijilan Thai SELECT.

Thai SELECT adalah pensijilan atau logo yang dianugerahkan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa dan Promosi (DITP) Kementerian Perdagangan Thailand kepada restoran dan juga produk-produk yang menghidangkan serta menjual makanan autentik Thai melalui proses dan langkah memasak dengan bahan mengikut resipi Thai.

Menurut DITP, pensijilan itu dilancarkan sejak 15 tahun lalu setelah kerajaan Thailand melancarkan kempen Kitchen of the World bagi menandakan bahawa Thailand adalah hab dapur…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD FARID AHMAD TARMIJI


Previous post