
Thailand berpesta di Nonthaburi Stadium untuk mengungguli Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 selepas menundukkan Indonesia 2-1 pada aksi final yang berlangsung malam tadi.
Lebih manis kejuaraan itu turut menebus kekecewaan tuan rumah yang tumbang kepada Indonesia pada aksi separuh akhir edisi 2024.
Ia merupakan kejuaraan ke-17 dimenangi Thailand dalam kejohanan tersebut sekali gus merampas kembali kejuaraan yang dimenangi Indonesia pada edisi lalu.
Beraksi dihadapan ribuan penyokong sendiri, Thailand yang dibimbing bekas pengendali skuad futsal negara, Rakphol Sainetngam tersentak pada minit ke-16 menerusi jaringan Andres Dwi Persada Putra.
Berpunca daripada sepakan ke dalam Adityas Priambudi Wibowo mencari Andres, beliau yang tidak dikawal pemain Thailand mudah menolak masuk bola untuk meletakkan skuad Garuda dihadapan.
Thailand kembali menyamakan kedudukan ketika aksi babak pertama hanya berbaki dua saat ditamatkan hasil sepakan penalti kedua (second…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: