
Kedutaan Malaysia di Phnom Penh telah mengeluarkan kenyataan rasmi buat rakyat Malaysia di Kemboja supaya mengelak memasuki beberapa ‘kawasan panas’ di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan.
Memetik kenyataan rasmi, kawasan-kawasan yang dinyatakan adalah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang dan Pursat.
“Warganegara Malaysia di Kemboja turut dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat melalui sumber berita yang sahih serta mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan,” katanya.
Pada masa sama warga Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia menerusi talian hotline 24 jam: +855 12 216 176, e-mel ke [email protected] atau layari laman webnya di pautan https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: