Thailand mendapat satu mata berharga pada aksi ketiga pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas berjaya mengikat gergasi Asia, Korea Selatan 1-1 sebentar tadi.
Beraksi di Stadium Piala Dunia Seoul, anak buah Masatada Ishii itu mempamerkan kekentalan dalam menerima asakan hebat diberikan Korea Selatan yang diketuai Son Heung-min.
Baca Juga:
Ia jelas dibuktikan dengan pengusaan penuh ditampilkan skuad Taeguk Warriors itu dan mencipta lapan percubaan tepat ke arah pintu gol Thailand.
Son menceriakan penyokong tuan rumah pada minit ke-42 apabila beliau menyudahkan dengan tenang ‘cutback’ dilakukan Lee Jae-sung dalam kawasan penalti bagi meletakkan Korea Selatan dihadapan.
Penjaga gol Thailand, Patiwat Khammai jelas menjadi watak penting pada perlawanan ini dengan aksi menyelamat yang dilakukannya bagi menggagalkan usaha Korea Selatan untuk menambah lebih banyak jaringan.
Penyerang muda, Suphanat Mueanta menjadi wira buat Thailand selepas larian dari…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
