Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Thailand Sangkal Dakwaan Sindiket Curi Petrol Kereta Malaysia

today31 March 2026

Background
Thailand Sangkal Dakwaan Sindiket Curi Petrol Kereta Malaysia


Baru-baru ini, tular sebuah dakwaan di media sosial yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai insiden kecurian petrol daripada tangki kenderaan mereka ketika berkunjung ke Selatan Thailand.

Walau bagaimanapun, Persatuan Industri Pelancongan Halal Thai-ASEAN (TAHTA) telah tampil menafikan sekeras-kerasnya khabar angin tersebut bagi menjernihkan keadaan dan meredakan kerisauan orang ramai lapor Berita Harian.

Thailand Sangkal Dakwaan Sindiket Curi Petrol Kereta Malaysia
Sumber Gambar: FB

Presiden TAHTA, Aida Oujeh, menjelaskan bahawa walaupun kejadian kecurian petrol sememangnya berlaku, ia sama sekali tidak menjadikan kenderaan pelancong Malaysia sebagai sasaran.

Menurut beliau, insiden yang hangat diperkatakan itu sebenarnya berlaku pada bulan Ramadan lalu di daerah Narathiwat dan hanya membabitkan kenderaan milik rakyat Thailand sendiri.

Pihak polis tempatan juga telah memberi jaminan serta mengesahkan bahawa tiada sebarang rekod kecurian yang melibatkan kenderaan pendaftaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post