Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Hasrat untuk melihat kem sepak takraw lelaki Malaysia membawa pulang pingat emas acara regu berpasukan saingan Sukan Asia (Asian Games) 2022 tidak kesampaian selepas tewas 0-2 kepada Thailand pada aksi final yang berlangsung sebentar tadi.
Artikel Berkaitan:
Berdepan lawan dibarisi pemain-pemain yang berada di kelas yang tersendiri jelas memberikan sedikit kesukaran buat barisan pemain negara.
Tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharun yang menurunkan Muhammad Haziq Hairul Nizam (tekong), Muhammad Noraizat Nordin (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) sebagai regu pertama.
Lawan yang ditentang mereka nyata bukanlah calang-calang pemain apabila Thailand membariskan Sittipong Khamchan selaku tekong, Pichet Pansan sebagai perejam dan Wichan Temkort (pengumpan).
Sittipong jelas cukup bijak dalam mencari arah servisnya manakala Pichet pula jarang menghampakan ketika melakukan libasan serta…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: