Site icon Kool FM

The Magnificent Baling 100 bakal jana hasil RM7.8 juta kepada ekonomi negeri Kedah


ALOR SETAR  – The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2026 bakal kembali dengan skala yang lebih besar dalam usaha memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara acara larian denai (ultra trail) paling berprestij di Malaysia.

Penganjur merangkap Pengarah Urusan Ten Senses (M) Sdn Bhd, Mohd. Bukhari Ismail berkata, acara ini juga bakal mengangkat Baling sebagai destinasi pilihan pelari lasak dalam dan luar negara untuk menikmati pengalaman mencabar dengan latar belakang keindahan alam semula jadi di daerah itu.

Menurut beliau, dikenali dengan laluan mencabar, panorama gunung batu kapur ikonik dan keindahan hutan tropika, TMB100 bukan sekadar sebuah perlumbaan, malah turut menjadi platform mempromosikan Baling sebagai destinasi sukan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sukar ditemui di lokasi lain.

“Dengan kos penganjuran dianggarkan hampir menelan belanja RM2 juta, penganjuran TMB100 2026 turut dijangka memberi impak ekonomi sebanyak RM7.8 juta setempat menerusi kehadiran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version