PETALING JAYA – The Rise Fund, yang merupakan platform pelaburan impak global milik firma pengurusan aset global, TPG, mengumumkan telah menandatangani perjanjian muktamad untuk memperoleh pegangan kawalan dalam Universiti Teknologi dan Inovasi Asia Pasifik Malaysia (APU).
Pengambilalihan itu dilaksanakan bersama rakan kongsi pelabur termasuk dana tempatan iaitu Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Malaysia, KWAP dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Pelaburan itu akan distrukturkan melalui pembelian saham daripada KV Asia, sebuah dana ekuiti persendirian terkemuka yang memberi tumpuan kepada pelaburan di pasaran pertengahan di seluruh Asia Tenggara.
Ditubuhkan pada 1993, APU adalah universiti swasta dengan tumpuan unik pada teknologi, inovasi dan kreativiti, yang menyediakan pendidikan serta penyelidikan berkualiti tinggi, berpatutan serta diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk pelajar tempatan dan luar negara.
Melalui pendaftaran yang berkembang pesat dan kadar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
