Duke of Cambridge Putera William telah dianugerahkan sebagai lelaki botak paling seksi di dunia oleh syarikat pakar pembedahan kosmetik Longevita. Dia mengalahkan tokoh lain seperti pelakon Dwayne The Rock Johnson, Jason Statham, dan Michael Jordan.
Longevita menyatakan bahawa Putera William disebut sebagai ‘seksi’ sebanyak 17.6 juta kali di dalam blog, laporan dan halaman melalui carian Google. Selain tiga tokoh yang disebutkan sebelumnya, Putera William juga mengalahkan Mike Tyson, Pitbull, Vin Diesel, Bruce Willis, Floyd Mayweather, John Travolta, dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
“Ada sebilangan besar pemimpin masyarakat botak yang dapat kita lihat,” kata jurucakap Longevita, yang dipetik oleh Times of India.

Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.