Site icon Kool FM

The Sage@ Sixth dapat sijil halal Februari ini


KUALA LUMPUR – The Sage @ Sixth restoran yang beroperasi di UTM Hotel & Residence bakal mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelang bulan Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif UTM Holdings Sdn. Bhd. (UTM Holdings), Ahmad Kamil Kushairi berkata, proses mendapatkan pensijilan halal tersebut telah berlangsung dengan lancar selama enam bulan dan pihaknya teruja dengan perkembangan tersebut sekali gus bakal meningkatkan imej restoran berkenaan.

Lebih menarik, ia juga bersesuaian dengan persediaan syarikat untuk menawarkan bufet Ramadan mulai bulan Mac di restoran tersebut.

“Selepas kejayaan memperoleh sijil halal, kami pula akan meneruskan langkah seterusnya untuk mendapatkan penarafan tiga bintang bagi hotel UTM Hotel & Residence,” katanya kepada Kos­mo! ketika ditemui selepas majlis pelancaran Budaya Sarapan Malaysia di hotel berkenaan di sini baru-baru ini.

 

Restoran UTM Hotel & Residence adalah salah satu cabang perniagaan hospitaliti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version