Site icon Kool FM

The Vocket Lancar Kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’


Antara kandungan yang akan dibawa sepanjang kempen ini adalah siri Voccast di YouTube, sesi bual bicara bersama dengan panelis profesional serta individu yang pernah menjadi mangsa buli berkongsi pengalaman mereka.

Selain itu, kandungan media sosial seperti ‘Vocket Tanya Random’ pula akan mengetengahkan temuramah dengan orang awam dan tidak ketinggalan artikel-artikel berkaitan buli di laman sesawang The Vocket.

Kempen ini bukan sahaja menjadi tempat luahan perasaan, malah sebagai saluran untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai impak buruk buli terhadap individu serta komuniti dan mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi isu ini.

Justeru itu, The Vocket telah memilih Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai dan NGO Empati sebagai rakan strategik bagi menjayakan kempen ‘Jadi Buddy, Bukan Buli’ ini.

“Ia adalah langkah kecil tetapi signifikan dalam usaha menyokong mangsa buli dan membentuk persekitaran yang lebih empati serta selamat untuk semua,” tambah Aiman.

Wakil…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version