
Portal gaya hidup digital, The Vocket melancarkan kempen kesihatan dan kesejahteraan ‘Sihat Itu Seksi’ bagi menggalakkan masyarakat lebih peka terhadap penjagaan kesihatan.
‘Sihat Itu Seksi’


Kempen yang berlangsung dari September hingga Oktober 2026 itu dilancarkan bersempena sambutan Hari Malaysia.
Menerusi kempen berkenaan, The Vocket mahu mengetengahkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu melakukan perubahan secara drastik.
Sebaliknya, orang ramai digalakkan bermula dengan langkah mudah seperti menjaga pemakanan, meningkatkan aktiviti fizikal dan membina rutin harian yang lebih sihat.
Usaha ini dilihat penting susulan data Inisiatif Saringan Kesihatan Nasional (NHSI) kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 2025 yang merekodkan 254,000 daripada lebih 1.2 juta orang dewasa yang menjalani saringan mengalami masalah obesiti.
Antara pengisian utama kempen ialah Cabaran Sihat Dalam 30 Hari yang akan disertai lima ahli pasukan The Vocket. Lima pembaca…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: