Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
England memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan penuh bergaya selepas menundukkan Iran 6-2 pada aksi kumpulan B yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha sebentar tadi.
Turun dengan barisan terkuat dalam usaha untuk memperbaiki pencapaian edisi lalu di Rusia dengan menduduki tempat keempat, England terus mendominasi permainan sebaik aksi dimulakan pengadil dari Brazil, Raphael Claus.
Permainan dihentikan hampir 10 minit selepas penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand terpaksa menerima rawatan susulan pelanggarannya bersama rakan sepasukan sehingga menyebabkan beliau digantikan dengan Seyed Hossein Hosseini.
Jaringan pembukaan skuad kendalian Gareth Southgate itu hadir pada minit ke-35 apabila Jude Bellingham melonjak tinggi untuk menanduk masuk bola hasil hantaran lintang dilakukan Luke Shaw.
Berselang lapan minit kemudian, giliran Bukayo Saka pula meletakkan nama selaku penjaring gol hasil percubaan voli…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
