
Jenama outdoor & aksesori terkemuka Sweden, Thule, terus mengukuhkan kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Concept Store terbaharu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Terletak di Lot S-079, South Court, butik ini mengetengahkan konsep moden berinspirasikan Scandinavia serta menghimpunkan pelbagai produk premium untuk mereka yang gemar mengembara, menjalani gaya hidup aktif dan tidak lupa individu yang sudah berkeluarga.
Fokus kepada travel yang lebih mudah
Antara produk yang menjadi tumpuan ialah koleksi travel luggage dan backpack Thule yang terkenal dengan rekaan ringan, tahan lasak dan praktikal.
Direka untuk pelbagai jenis perjalanan sama ada urusan kerja, percutian atau pengembaraan, setiap produk menawarkan ruang simpanan yang tersusun bagi membantu pengguna mengemas dengan lebih mudah, selain melindungi barangan sepanjang perjalanan.
Konsep ini selari dengan falsafah Thule, “Active Life, Simplified”, iaitu menghasilkan produk yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: