Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

“Tiada Ahli Geologi Nama Dr Sarah”

today27 August 2024

Background


Universiti Malaya (UM) telah menafikan artikel berkenaan yang kononnya ditulis oleh pakar geologi universiti berkenaan mendakwa terdapat gua kosong besar di bawah Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Geologi Fakulti Sains UM, Prof Madya Dr Meor Hakif Amir Hassan berkata, artikel itu didakwa ditulis seorang ahli geologi terkemuka dari UM bernama Dr Sarah Jamal.

“Bagaimanapun, tiada ahli geologi bernama Sarah Jamal yang berkhidmat di UM.

“Malah, senarai daftar Lembaga Ahli Geologi Malaysia juga tiada nama itu didaftarkan,” kata kenyataan yang disiarkan di Facebook rasmi.

Menerusi kenyataan tersebut, kandungan artikel yang disiarkan itu adalah tidak berdasarkan fakta dan palsu.

Katanya, staf Jabatan Geologi UM mengambil langkah berhati-hati mengulas berkenaan insiden di Jalan Masjid India memandangkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dan penyiasatan oleh pihak berkuasa masih berjalan.

“Punca kejadian itu juga masih tidak dipastikan,” katanya.

Terdahulu, pada Jumaat,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post